BRIM 2016 Online lemahkan rakyat

Pemberian wang kepada rakyat sewaktu menghampiri tempoh pilihan raya, atau memasukkan janji berkaitannya di dalam manifesto parti politik, kelihatannya seperti rasuah. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dalam facebooknya sewaktu menyampaikan bantahannya bertentangan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM).

Kemaskini BRIM 2016 online

mahathir brim kemaskini

brim kemaskini mahathir 2

Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat untuk negara itu menjelaskan bahawa bantuan kewangan sepatutnya diberikan kepada mereka yang sangat miskin yang tidak mampu bekerja untuk meraih pendapatan, tetapi untuk selebihnya, bantuan sepatutnya dalam bentuk yang boleh merangsang pendapatan mereka iaitu dengan mencipta peluang pekerjaan atau perniagaan. Dr Mahathir menekankan bahawa beberapa kesan negatif akan datang dengan kemaskini brim, termasuklah ianya akan meningkatkan kecenderungan rakyat untuk bergantung pada kerajaan untuk mendapatkan pendapatan.

Dr Mahathir menambah bahawa sangat penting untuk kerajaan membelanjakan wang bayaran cukai untuk pendidikan dan latihan negara yang lebih baik, untuk menjadikan negara lebih produktif dan berdaya saing, dan membina infrastruktur kelas pertama yang memjadikan rakyatnya sebagai penyelidik, pencipta, dan pemaju yang lebih baik. Beliau mengingatkan kerajaan yang memerintah bahawa wang yang dibelanjakan datangnya daripada bayaran cukai rakyat, dan mereka ini tidak suka melihat wang kemaskini brim mereka dibelanjakan melebihi jaminan keselamatan, pemerintahan yang baik dan polisi pertama rakyat.

“Ini melemahkan keperibadian rakyat dan mengurangkan sifat berdaya saing mereka dalam pasaran apabila BN bagi brim dengan begitu mudah, dengan rakyat hanya perlu kemaskini online dengan portal brim. “Kita mahukan pendapatan yang tinggi.Tetapi pendapatan yang tinggi sepatutnya datang daripada peningkatan daya keluaran. “Daya keluaran yang tinggi datangnya daripada pendidikan dan latihan yang lebih baik. Kebolehan untuk meningkatkan daya keluaran datang daripada nilai tambah produk yang lebih bagus.

“Semestinya mereka tidak mahu wang hasil usaha keras mereka digunakan untuk memenangi populariti bagi sesiapa jua atau parti politik atau pentadbiran.”

Kerajaan bayar BR1M terlebih dahulu kepada mangsa

Kerajaan persekutuan akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan untuk memastikan bantuan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir. Dalam kenyataan yang dimuatnaik di facebook rasmi dan blog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata kerajaan telah mengumumkan tiga langkah tambahan untuk meringankan beban mangsa banjir termasuklah RM500 juta dana bantuan banjir dan pengagihan BR1M terlebih dahulu akan disalurkan kepada semua negeri yang terlibat dengan banjir.

“Kami juga akan mempercepat pembayaran BR1M pada pertengahan atau akhir Januari dan akan mengatur supaya insititusi kewangan menetap semula jadual pembayaran balik pinjaman kepada mangsa banjir,” katanya. Najib mengulang bahawa beliau meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.

Bagi perisytiharan darurat di negeri yang terjejas dengan banjir, Najib berkata tiada keperluan baginya untuk berbuat sedemikian setelah mempertimbang kesan yang terlibat. Najib menyebut bahawa setiap usaha yang dilakukan kerajaan telah dipertingkatkan sama seperti dalam situasi darurat dan kesemua agensi berkaitan telah diarahkan untuk meningkatkan usaha bantuan banjir.

Mangsa banjir dengan adanya BR1M, mereka dapatkan pulihkan kediaman mereka dengan secepat yang mungkin. Kerugian jutaan ringgit dirasai mangsa-mangsa dan menurut kerajaan, bantuan dari persatuan-persatuan termasuk bantuan tenaga akan disalurkan untuk membantu mangsa mengharungi becana alam kali ini. Dipercayai kebanyakan yang layak untuk terima BR1M telahpun kemaskini borang brim mereka online.

Perdana Menteri naikkan BR1M 2016

Perdana Menteri mengumumkan pada pembentangan Bajet tahun ini bahawa rakyat akan menerima manfaat berikutan meningkatnya hasil kutipan daripada GST dengan meningkatkan bayaran BRIM kepada golongan berpendapatan rendah.

br1m 2015/2016

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata untuk isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, kerajaan akan memberikan RM950 daripada sebelumnya yang berjumlah RM 750.

“Dengan mempertimbangkan peningkatan hasil kutipan daripada GST dan kemampuan kerajaan, kami akan menaikkan BRIM daripada RM650 kepada RM950,”

“Bantuan ini ialah untuk isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. Bantuan akan diagihkan secara tiga kali ansuran sebanyak RM300 pada bulan Januari dan Mei setiap satunya dengan baki RM350 dibayar pada bulan September 2015“.

Beliau berkata jumlah tersebut akan diagihkan secara tiga kali ansuran sebanyak RM300 pada bulan Januari dan Mei setiap satunya dengan baki RM350 pada bulan September 2016.

Untuk isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000, pihak kerajaan akan meningkatkan bantuan BRIM daripada RM450 kepada RM750. Bantuan ini pula akan diagihkan secara tiga kali ansuran sebanyak RM200 pada bulan Januari dan Mei setiap satunya dengan baki RM350 dibayar pada bulan September 2015.

Di bawah BRIM pada tahun 2015, jumlah yang sama turut diberikan kepada golongan yang sama dan kerajaan turut memperkenalkan BRIM sebanyak RM250 untuk sesiapa yang belum berkahwin berumur 21 tahun ke atas yang mana gaji mereka tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Sewaktu BRIM mula diperkenalkan pada tahun 2012, isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah telah diberikan bantuan sebanyak RM500.

Di bawah BRIM tahun 2016 pula, bantuan untuk isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah telah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700. Untuk individu yang belum berkahwin berumur 21 tahun ke atas dengan gaji bulanan tidak melebihi RM2,000, BRIM akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM350 setahun. Najib berkata bantuan tersebut akan diagihkan pada awal tahun depan.

8 juta menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 2016

Seramai 8 juta individu telah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) pada tahun 2016 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.37 bilion. Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata 67 peratus atau 2.65 juta rakyat menerimanya melalui pindahan kredit ke akaun bank masing-masing.

Ahmad Husni juga berkata sebanyak 69 kes penipuan dan penyalahgunaan baucer BRIM telah dapat dikesan selepas 3 minggu baucer tersebut diedarkan. “Pihak kerajaan memandang serius akan hal ini dan sedang menyiasat kes-kes tersebut di mana jika terdapat elemen penipuan , semua pihak yang terlibat akan dikenakan dakwaan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) atau disenarai hitamkan,” katanya.

Untuk pemohon yang tidak berjaya pula,mereka boleh membuat rayuan bermula 1 April 2016 melalui borang rayuan yang terdapat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Borang tersebut serta dokumen-dokumen yang berkaitan perlulah dihantar ke pejabat LHDN sebelum 30 April 2016.

BRIM 2016 daftar online

br1m 2016 borang online

Bagi 3.80 juta penerima atau 43 peratus daripadanya yang tidak menyerahkan nombor akaun bank mereka, juga termasuk transaksi pindahan kredit yang tidak berjaya, pembayaran akan dibuat secara berperingkat melalui majlis pengagihan BRIM dan menunaikannya di mana-mana panel bank daripada Bank Simpanan Nasional, Public Bank Berhad, Maybank dan CIMB Bank.

Melalui inisiatif Bajet 2016, beliau berkata bahawa pihak kerajaan pertama kalinya memperkenalkan takaful i-BRIM, sebuah rancangan perlindungan yang bermanfaat untuk penerima di bawah kategori isi rumah/ keluarga, berlakunya kematian atau kecacatan yang kekal disebabkan kemalangan. Sumbangan i-BRIM ini ditanggung oleh pihak kerajaan dan tiada bayaran dikenakan sepanjang tempoh perlindungan dari 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.

BRIM berganda, bukan silap bank BSN

PETALING JAYA : Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menjelaskan bahawa ianya bukanlah antara bank yang membuat pembayaran berganda kepada sesetengah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2014, ditekankan bahawa sesetengah penerima telah dibayar lebih sekali disebabkan ketiadaan perhubungan waktu sebenar antara pelbagai bank dengan pengkalan data BRIM untuk mengenal pasti individu yang telah diberikan bayaran. “BSN berharap untuk menekankan bahawa hal ini berlaku kerana tiada perhubungan antara sesama bank, yang akan membolehkan kemaskini rekod pembayaran pada pengkalan data yang sama mengikut waktu sebenar,” kata Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Runcit BSN Datuk Yunos Abd Ghani dalam sebuah kenyataan semalam.

brim 2016 semakan

Beliau menekankan bahawa pihak BSN hanya membayar sekali kepada penerima BRIM, yang mana “pembayaran lain dibuat oleh bank yang berlainan menyebabkan pembayaran berganda kepada penerima yang sama”. Ketua Audit melaporkan bahawa lebih 6,000 rakyat Malaysia telah menyalahguna BRIM dengan membuat tuntutan bantuan wang yang palsu yang merugikan Kerajaan lebih daripada RM3 juta antara 2012 dan 2014. Sesetengah penipu dijumpai telah membuat sehingga empat kali tuntutan sewaktu setiap kali pengeluaran BRIM.

Menurut BSN, mereka telah melaksanakan sistem atas talian dan waktu sebenar untuk menguruskan pembayaran BRIM sejak mula membantu kerajaan dalam menyalurkan wang untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah. “Pengesahan identiti penerima dibuat melalui biometrik dan MyKad yang sebenar. Dengan beroperasinya kesemua proses ini sangatlah mustahil untuk BSN membenarkan tuntutan berganda. “Pembayaran akan dibuat setelah mendapat kelulusan secara atas talian dan rekod pembayaran dikemaskini dalam masa sekejap,” kata Yunos, yang menambah bahawa amalan kemaskini pengkalan data yang sama secara mingguan telah mencipta peluang untuk penerima yang tidak jujur membuat tuntutan berulang. “Setakat yang BSN perhatikan, kesemua bayaran telah dibuat dengan menggunakan baucer bersiri yang tulen yang terdapat ciri keselamatan padanya.

Maklumat lebih lanjut boleh didapati dengan menghubungi BSN di 1300 88 1900.

Peningkatan bantuan BRIM 2016 ketara

Dengan hampirnya waktu Bajet 2014, kebanyakan rakyat Malaysia membuat spekulasi apa yang kerajaan akan lakukan kepada rakyat tahun hadapan. Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti ialah, rakyat mengharapkan pemberian yang lebih. Kenaikan harga bahan api dan rokok baru-baru ini membuatkan ramai rakyat terkena tempiasnya. Sentimen yang lazim ialah kerajaan sepatutnya membuat sesuatu untuk mengurangkan beban rakyat disebabkan kenaikan ini. Salah satu cara yang diketahui ialah pihak kerajaan membantu rakyat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah baru-baru ini, pihak kerajaan sedang merancang untuk mengagihkan BRIM dua kali dalam tahun 2014, dengan jumlah yang lebih tinggi.

Semakan BRIM 2016

br1m 2016 (11)

Draf pertama cadangan BRIM bagi tahun 2016 telah dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ahmad Husni kepada akhbar The Star. Perubahan selanjutnya masih lagi dalam cadangan dan keputusan terakhir akan dijadualkan dan diumumkan sewaktu pengumuman Bajet Negara (pada 25 Oktober) tambahnya.

Berikut merupakan maklumat ringkas BRIM 2016 yang diagihkan tahun ini : Jumlah BRIM yang diagihkan merupakan sebanyak RM500 bagi setiap isi rumah Pengagihan dibuat secara baucer tunai. Pengagihan dibuat setahun sekali. Kelayakan dihadkan kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan. BRIM sejumlah RM250 setiap seorang turut diedarkan kepada individu belum berkahwin yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000. Beberapa perubahan yang ditekankan bagi BRIM 2016 ialah : Pengagihan dibuat dua kali setahun Pengagihan dibuat secara terus ke akaun bank rakyat, berlawanan dengan baucer sebelum ini. Jumlah BRIM masih belum diputuskan tetapi berkemungkinan lebih tinggi daripada RM500 bagi setiap isi rumah. Pihak kerajaan juga sedang mencari cara terbaik untuk memberi bantuan kepada mereka yang pendapatan isi rumahnya di antara RM4,000 dan RM5,000. Sebahagiannya juga membuat spekulasi bahawa BRIM 2016 akan memperketat syarat kelayakan bagi golongan ini.

Dengan penuh harapan, kita perlu menunggu sehinggalah pengumuman Bajet 2015 untuk mendapatkan maklumat keputusan.

Testimoni BR1M 2016 Online yang panjang

Tujuan Bantuan Rakyat 1Malaysia – sejak mula diperkenalkan – ialah untuk memberikan bantuan secara terus kepada rakyat bagi membantu mereka menangani kenaikan kos sara hidup. Hari ini, yang berbaki dua bulan lagi sebelum tahun baru, kami telah memenuhi janji untuk BR1M 2016 2014. Pencapaian ini menjadi lebih bermakna apabila kita melihat semula sifat jujur lebih 17,000 penerima BR1M yang lepas. Individu-individu ini secara sukarelanya memberitahu pihak kerajaan bahawa mereka telah melebihi syarat lingkungan pendapatan yang layak mendapat bantuan. Salah seorang daripada individu tersebut ialah Nurikram Bahari dari Parit Buntar, Perak.

Walau bagaimanapun, bagi Foo Kok Lim dari Taman Maluri, salah seorang penerima BR1M 2016 Kampung Pandan Sabtu lepas, wang tersebut sangat-sangat membantunya. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak mempunyai punca pendapatan yang tetap dan stabil.

Beliau merupakan penerima BR1M Online sejak tahun 2011, sewaktu masih lagi bujang. Sekarang ini Nurikram telah pun berkahwin dan gabungan pendapatan bulanan isi rumahnya telah melebihi RM4,000 (had untuk menjadi penerima BR1M). Oleh itu, beliau merasakan bahawa bantuan tersebut patut diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Saya menghargai kejujuran yang ditunjukkan Nurikram dan 17,000 yang lain, dan berharap lebih ramai laga akan mengikuti mereka supaya capaian bantuan menjadi lebih mencapai sasaran dan tepat. Kepada sebahagian golongan, saya akui jumlah BR1M 2016 tidak mencukupi.

Walau bagaimanapun, kemakmuran ekonomi yang kita nikmati hari ini berpunca daripada usaha sama kerajaan, sektor swasta dan semua rakyat Malaysia. Pencapaian ekonomi kita tahun lepas selaras dengan yang dijangkakan – dalam sesetengah bahagian, melepasi apa yang dijangkakan. Pengeluaran kasar dalam negara (GDP) pada tahun 2013 menampakkan perkembangan sebanyak 4.7 peratus. Defisit fiskal juga susut daripada 6.7 peratus pada tahun 2009 kepada 3.9 peratus pada tahun lepas. Kadar inflasi masih lagi terkawal pada paras 2.1 peratus.

br1m 2016 (8)

br1m 2016 (7)

br1m 2016 (5)

Sementara pihak kerajaan mengambil serius untuk mengekalkan keadaan ekonomi yang baik ini, kebajikan rakyat masih lagi menjadi keutamaan. BR1M diberikan untuk membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup dengan lebih efektif. Ini bukan sahaja membantu kumpulan sasaran, malahan turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi secara keseluruhannya.

Pelaburan swasta telah berganda sejak tahun 2009 – dengan jumlah sebanyak RM161.1 bilion pada tahun 2013. Kita juga telah mencipta rekod baru tahun lepas: Pelaburan Terus Luar Negara (FDI) melihat jumlah paling tinggi dalam lima tahun, sebanyak RM38.7 bilion. Kita mesti kekalkan momentum ini.

Rangkaian kedai runcit di kawasan luar bandar menerima manfaat daripada bantuan kewangan ini. Malah, sektor swasta turut berkembang pada 7.7 dan 7.6 peratus pada tahun 2012 dan 2013 setiap satunya. Itu merupakan pencapaian tahun lepas. Tahun ini, kita teruskan memperbaiki pemberian dan keberkesanan BR1M 2016. Kita telah memudahkan mekanisme pengagihan BR1M iaitu memasukkannya terus ke akaun bank penerima. Kita juga telah meningkatkan bayaran keluar dengan sumbangan RM50 insurans bagi isi rumah penerima.

BR1M Online 2016 yang diberikan oleh skim Takaful Kumpulan Insurans Rakyat 1Malaysia (i- BR1M) memberikan perlindungan minimum sebanyak RM1,000 bagi kematian biasa dan maksimum sebanyak RM30,000 bagi kemalangan yang membawa maut atau kecacatan kekal. Skim ini terikat untuk melindungi lebih 5.9 juta penerima BR1M 2016 seluruh negeri. Perlindungan insurans ini merupakan nilai tambah, bertujuan untuk menampung beban penerima apabila menghadapi situasi yang tidak terjangka – sekaligus memberi jaringan keselamatan. Tanpa ragu-ragu lagi, BR1M 2016 dan subsidi berterusan yang rasional ini akan memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah. Langkah kerajaan untuk mengurangkan subsidi petrol telah membuahkan hasil yang positif kepada negara, berlawanan dengan dakwaan pihak pembangkang. Misalnya, firma kredit antarabangsa, Moody’s Ratings, memutuskan status Malaysia kepada positif pada awal Februari, hasil daripada simpanan yang dibuat dengan mengurangkan subsidi petrol.

Mari kita bandingkan manfaat subsidi petrol RON95 yang dinikmati pemilik kereta kos murah dan pemilik kereta mewah. Anggap bahawa pemilik Kancil yang perjalanannya 50 kilometer sehari, atau 350 kilometer setiap minggu. Pemilik tersebut akan menggunakan sebanyak 30 liter petrol seminggu atau 120 liter sebulan. Pada kadar subsidi 63 sen seliter, pemilik tersebut akan menikmati sejumlah RM19 subsidi petrol seminggu, RM76 sebulan atau RM900 setahun. Sebaliknya, bagi pemilik kereta mewah dengan kapasiti enjin sebanyak 2,500 cc akan menggunakan paling kurang 80 liter petrol seminggu, atau 320 liter sebulan untuk perjalanan jarak yang sama. Pemilik kereta mewah tersebut menikmati jumlah subsidi sebanyak RM50 seminggu, atau RM200 sebulan. Dalam masa setahun, pemilik kereta mewah itu dapat menikmati subsidi petrol berjumlah RM2,400 yang jelas ketara lebih tinggi daripada pemilik Kancil, yang sepatutnya lebih layak menerima lebih.

Pada tahun 2013, kami membelanjakan sebanyak RM24.8 bilion untuk subsidi petrol sahaja. Ini merupakan satu bentuk subsidi besar – bermanfaat kepada rakyat tanpa mengira tahap pendapatan dan status sosial. Realitinya ialah subsidi tersebut hanya membawa kepada pembaziran.

Insya-Allah, pembayaran BR1M Online akan dinaikkan sehingga RM1,200 menjelang lima tahun lagi. Kami akan terus mencari kaedah terbaik untuk memastikan ekonomi negara kekal bertahan di tengah-tengah ekonomi global yang tidak menentu ini.

Sudah jelas, struktur subsidi sedia ada memberi manfaat secara tidak adil kepada golongan yang tiada masalah kewangan, termasuklah pelancong-pelancong asing dan orang asing. Justeru, pihak kerajaan sedang mengambil langkah yang betul untuk memastikan subsidi yang diberikan sebaliknya dapat dicapai kumpulan sasaran secara efektif. Kerajaan akan mengambil langkah proaktif untuk memastikan rakyat dapat menikmati kemakmuran ekonomi secara sama-rata. Hasil simpanan daripada pengurangan subsidi, kerajaan kini dapat menaikkan nilai BR1M.

Dalam masa yang sama, kebajikan rakyat – lebih-lebih lagi golongan yang memerlukan – akan kekal sebagai keutamaan kerajaan Barisan Nasional. Ini tidak bermaksud bahawa kerajaan mengabaikan golongan berpendapatan sederhana tinggi. Sebahagian langkah yang telah saya jadualkan dalam Bajet Negara pada Oktober lepas bertujuan untuk memanfaatkan golongan berpendapatan sederhana tinggi. Ini termasuklah penyelarasan dan pelepasan cukai, rebat, inisiatif pemilikan rumah peribadi, tinjuauan semula Cukai Hartanah dan banyak lagi.

Insya-Allah, saya akan ulas inisiatif- inisiatif ini pada catatan blog akan datang. Ekonomi yang sangat bagus bagi sesebuah negara bukanlah dicapai atau dipertahankan oleh seorang individu. Bantuan dan sokongan anda kepada usaha kerajaan merupakan elemen yang sangat penting dalam perjalanan mencapai status negara yang maju, berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Pandangan orang ramai terhadap BR1M 2016

Sudah tentulah semua orang sukakan wang – lebih-lebih lagi wang percuma. Bagi sesiapa yang tidak, mesti ada yang teka pada mereka. Kerajaan sama-sama bersalah jika mereka tidak memberikan apa-apa bentuk pemberian kepada rakyatnya. Seperti mana-mana bentuk subsidi, BR1M juga ada baik dan buruknya. RM4.5 bilion setiap tahun merupakan sejumlah wang yang banyak. Tidak lama lagi, jumlahnya akan menjadi RM9 bilion setiap tahun. Jika Selain itu, ekonomi kita juga amatlah perlu dipertingkat. Untuk mencapainya, kita perlulah kreatif dari segi cara mendapatkan kesan rangsangan ekonomi yang terbaik melalui pemberian tersebut. Pada masa ini, pemberian wang tersebut meningkatkan penggunaan domestik.

br1m pembayaran 2016

br1m RM1000

Kesan yang dilihat serta-merta ini akan bertukar kepada pelaburan yang lebih besar kepada negara, di mana perbelanjaan keseluruhan pengguna meningkat dan apabila bisnes-bisnes semakin berjaya, gaji meningkat, cukai bersama juga meningkat. Secara keseluruhan, dengan semua perbelanjaan yang dibuat, kerajaan mendapat semula wang mereka, lebih kurang. Ini jauh lebih baik daripada memberikan subsidi kepada bilion GLC yang kemudiannya membelanjakan wang dengan melabur pada hartanah milik London. Lagipun, bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga yang lebih miskin, bahkan BR1M 2016 ini sesuatu yang nyata. Tiada sesiapa pun dapat mempertikai manfaat BR1M 2016 milik kerajaan. Alasan yang paling bertahan dibuat pihak pembangkang berkaitan BR1M ialah ‘anda ambil duit ini dan undi kami’.

Malangnya, BR1M tidak membantu mereka dalam bentuk undian sewaktu pilihan raya. Mungkin sokongan terbesar berlaku di kawasan luar bandar di mana subsidi tidak sampai kepada mereka secara menyeluruh. Secara politik atau ekonomi sekalipun, pemberian wang ini tidak akan bertahan selamanya. BR1M 2016 ini hanya boleh kesan rangsangan ekonomi yang terbaik sewaktu krisis kewangan apabila perbelanjaan peribadi berkurang. Pihak kerajaan merupakan pembelanja terbesar untuk merangsang ekonomi negara. Tetapi hari ini, kita semakin pulih daripada krisis kewangan tahun 2008. Jadinya, sewaktu Tun Dr Mahathir menyuarakan rasa tidak setuju beliau akan pelaksanaan bantuan ini, beliau hanya menyatakan hakikat bahawa kerajaan sedang mengalami kekurangan wang dan menanggung hutang yang besar.

Kita perlu faham bahawa Tun M ialah seorang yang berfikiran industrial. Berlah padanya RM800 juta, beliau akan mencipta industri automotif dari permulaan – bukan sahaja menghasilkan Proton, bahkan lengkap sekali dengan rangkaian berharga, penjual, bahagian gantian, reka bentuk, jualan lepas, insurans, dll.

Beliau mengemudi industri Minyak dan Gas melalui Petronas hanya untuk menjadi seorang yang berperanan terkenal di peringkat antarabangsa. Dengan hanya beberapa bilion ringgit, beliau memulakan sebuah koridor raya multimedia di mana pada hari ini menghasilkan beberapa juta penubuhan syarikat dan animasi berkeupayaan tinggi seperti Upin Ipin. Tidak dilupakan juga sifat beraninya yang mendesak beberapa projek infrastruktur yang kesemuanya membantu meningkatkan aktiviti ekonomi. Secara singkatnya, Tun M gemar mencipta industri baru yang menghasilkan pekerjaan, meningkatkan teknologi dan yang paling penting menyumbang kepada kerajaan. Dengan hanya melihat pada perkara-perkara ini kita dapat faham mengapa seorang yang yang berfikiran industrial sepertinya menyokong supaya BR1M ditamatkan. Itu suatu yang mudah – wang sepatutnya dibelanjakan pada sesuatu yang lain.

Pemberian wang ini berbaloi untuk disebut kerana, seperti mana-mana bentuk subsidi yang lain, ini serupa seperti ‘candu’ jika tidak diuruskan secara berhati-hati. Untuk memberikannya merupakan sesuatu yang mudah tetapi untuk ditarik semula seperti misi membunuh diri. Jika pembatalan subsidi gula sebanyak 20 sen boleh menyebabkan banyak masalah pada kerajaan, cuba bayangkan apa yang terjadi pada duit BR1M online sebanyak RM1,200. Secara alternatif, pihak Kerajaan boleh mempertimbang untuk menetapkan jumlah BR1M online berdasarkan pada pencapaian ekonomi. Mungkin dengan cara ini rakyat akan lebih terdorong untuk meningkatkan daya keluaran mereka. Walau apapun, kerajaan perlu lebih ‘kreatif’ dalam menjana kekayaan ekonomi.

BR1M 2016 bantu 40% rakyat Malaysia

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah dicadangkan oleh Bank Negara dan bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang meliputi 40% peratus rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Untuk melenyapkan kata-kata daripada pembangkang bahawa pemberian tersebut membuatkan rakyat Malaysia menjadi malas, katanya BR1M 2016 Online 2016 Online bertujuan untuk membantu penerima menangani kenaikan kos sara hidup. Katanya BR1M 2016 Online bukanlah bermotifkan politik atau satu bentuk untuk membeli undi.

br1m 2016 (1)

Mereka yang layak akan menerima wang tersebut tanpa mengira kecenderungan politik mereka, katanya sewaktu majlis pecah tanah fasa kedua Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah di Taman Perling di sini semalam. Turut hadir ialah Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahalan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong. Najib berkata bahawa dirinya yang merupakan “kapten kapal rakyat Malaysia” , akan terus mengemudinya dan tidak tunduk pada tekanan untuk meletakkan jawatan.

Beliau memuji pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Johor atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi, dengan menambah bahawa Johor akan kekal dipertahankan Umno dalam pilihan raya akan datang. “Budaya di Johor unik di mana para pemimpinnya bersatu.Saya rasa berbangga untuk mengatakan 50% darah yang mengalir dalam badan saya ialah darah Johor,” kata Najib, merujuk kepada ibunya Toh Puan Rahah Noah yang merupakan warga Johor.

Beliau turut berkata pihak kerajaan akan menerangkan kepada rakyat bagaimana perbelanjaan wang tersebut dikutip daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sewaktu penjadualan Bajet 2016 akan datang. Sebelum itu di Klang, Najib berkata bahawa RM42 bilion yang dipinjam oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak hilang seperti yang didakwa. Katanya wang tersebut dianggap sama dalam nilai pasaran Tun Razak Exchange (TRX) dan pelan pembangunan Bandar Malaysia.

“Pergi dan lihatlah apa yang ada di sana. Tun Razak Exchange mempunyai 70 ekar (28.3ha) dan Bandar Malaysia mempunyai 500 ekar tanah (202.3ha). “500 ekar tanah di tengah-tengah Kuala Lumpur saya anggap sebagai lombong emas. Jika saya seorang yang kaya, saya akan membelinya pada bila-bila masa kerana saya tahu nilainya untuk 20 tahun akan datang,” kata Najib dalam ucapannya sewaktu perjumpaan khas Umno Selangor dan ahli Barisan. Najib juga menafikan dakwaan bahawa Lembaga Tabung Haji (LTH) telah menjamin 1MDB dengan pembelian tanah di kawasan projek TRX. “Tabung Haji tidak mengambil alih hutang 1MDB. Mereka hanya membeli tanah pada harga RM2,700 (persegi) yang merupakan bawah harga pasaran,” katanya.

Kata beliau LTH mahu membangunkan tanah tersebut yang akan memanfaatkan pendeposit yang merupakan penerima manfaat. Beliau juga berkata fail-fail 1MDB berada di bawah Ketua Audit. “Kami akan memberikan maklumat lebih lanjut secepat yang mungkin setelah Ketua Audit selesai membuat siasatan,” katanya, dengan menambah bahawa laporan tersebut akan siap pada bulan hadapan. Najib turut berkata setiap perdana menteri menghadapi cabaran masing-masing termasuklah sewaktu pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. “Umno pernah diharamkan dan terdapat pertengkaran yang mengakibatkan terbentuknya dua kumpulan dalam parti, Kumpulan A dan Kumpulan B.

“Sepwaktu tempoh tersebut, Dr Mahathir menang dengan majoriti yang tipis, yang bermaksud 50% wakil Umno telah menolak beliau, tetapi beliau tetap terus memimpin parti,” kata Najib, dengan menambah bahawa dirinya juga akan melakukan perkara yang sama dan terus memimpin parti dan negara kerana rakyat menyokongnya. “Hanya parti dan rakyat sahaja, bukan seorang individu, yang boleh menentukan kepimpinan sesebuah negara,” tambahnya.

Warga emas kecewa BR1M lambat masuk

Sekumpulan warga emas kecewa apabila mereka tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia, walaupun permohonan mereka diluluskan. Pada 15 Januari, Sivam berkata dia telah menerima sepucuk surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengatakan bahawa wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun banknya. K. Sivam, 74, seorang pesara, memberitahu bahawa dia telah membantu jiran- jiran dan rakan-rakannya memohon BR1M 2016 lantaran kelebihannya menjadi ketua Rukun Tetangga kawasan itu.

“Beberapa orang tidak mempunyai akaun bank atau mempunyai masalah mengisi borang, jadi saya membantu mereka. Walau bagaimanapun, kami masih tidak menerima BR1M 2016 Online kami,” dakwanya. Seorang pembaca The Star turut berkata “cek dengan bank menunjukkan wang belum lagi dibayar masuk” dan dia telah mengeluarkan wang untuk perbelanjaan tambang teksi untuk pergi ke bank beberapa kali. Apabila isu ini dikemukakan, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata penerima berkemungkinan telah memohon setelah tamat tarikh lanjutan dari 31 Disember 2014 ke 31 Januari tahun ini.

“Kadangkala, penolakan terjadi berkemungkinan disebabkan maklumat yang tidak cukup atau kurang tepat,” beliau berkata.

“Walau bagaimanapun, setelah disemak saya mendapati wang tersebut tidak dibayar masuk,” katanya. Menurut Sivam, seramai 50 orang dalam kejiranannya berada dalam situasi yang sama.

Permohonan selepas 31 Disember diproses di kemudian hari, katanya apabila ditanyakan tentang aduan oleh penerima berjaya yang ttidak menerima bayaran dengan segera. Beliau turut berkata bahawa 1.2 juta rakyat, yang mana permohonan mereka ditolak, boleh membuat rayuan, menekankan bahawa 94% daripada 500,000 pemohon tidak berjaya yang membuat rayuan pada tahun 2014 kemudiannya diluluskan untuk menerima BR1M 2016 Online. Rayuan boleh dibuat setelah menerima surat status penolakan permohonan dari LHDN, tambah Chua.

Dalam kes tertentu, pihak LHDN berkemungkinan menemui bahawa gaji pemohon lebih tinggi (daripada syarat kelayakan),” beliau menambah. Menurut Chua, setelah mesyuarat dalaman sekretariat BR1M 2016 Online, telah diputuskan bahawa pemohon tidak berjaya akan diberikan masa sebulan untuk membuat rayuan. “Kementerian Kewangan akan mengumumkan tempoh rayuan dan format rayuan apabila tiba masanya,” katanya.